Tuesday, 4 June 2013

Paris Vol. 1



As salam.

Cerita Europe ni dah nak masuk 9 bulan, baru hari ni gigih nak taip. Aku pegang prinsip Better late than never jer lah. Mana yang aku ingat aku taip balik. Semoga bermanfaat untuk aku dikemudian hari-hari kot ada rezeki nak repeat paper ni dan semoga bermanfaat untuk orang lain yang membaca.

Flight aku dari KL bertolak pukul 11.30pm. Perjalanan ambil masa dalam 13 jam tu agak memenatkan juga untuk aku yang tak pernah travel jauh, paling jauh aku pernah pergi cuma South Korea, 7 jam. Selepas dok pusing sana pusing sini tak bleh tidur lam flight, akhirnya sampai juga. Yang aku ingat aku start mengantuk lagi satu jam nak landing. Apa kes? lampu dalam kapalterbang pon dah menyala balik sebab krew MAS hidangkan makanan untuk breakfast. Aku pulak sibuk nak tidur..Haila..


ni meal untuk 1st round..kira dinner lah kot..utk 2nd round dah tak larat nak amik pic..ngantok! yang aku ingat kedua2 meals aku pilih western..tak pandang pon nasi lemak..kata nak gi yurop..haha


Masa flight landing kat Charles De Gaulle (CDG) Airport, rasa macam mimpi. Masa ni pukul 6.30am waktu tempatan. Tak sangka aku boleh sampai ke Paris. Dream comes true! Walaupun happy, aku rasa cuak jugak sebab nak lalu Immigresen. Banyak jugak aku baca, yang tourist bersoal jawab dgn Immi. Officer. Aku ni pulak jenis cepat nerveous,kot-kot dia tanya aku tak paham cakap dia..tak ke haru. Cuma aku dah prepare siap-siap kat tangan aku punya itinerary dan ticket balik in case dia minta. Aku punyalah siap dup dap jantung, sekali tengok langsung takde apa dia tanya. Lagi satu aku hairan kat CDG ni aku takde isi Arrival Form. Heh..senang gile..macam tak caya masuk France sesenang ni. Kebanyakan negara yang aku masuk memamg kene isi Arrival Form. Lepas dia cop passport, aku ingat ada lagi kaunter kat depan. Rupanya sampai stage tu jer. Adakah diorg tak banyak soal sebab masih ngantok..almaklumlah baru kul 6.30am masa tu..Ahaks

Tapi dalam 2 3 hari lepas aku ada terbaca kat group FB Backpacker Dunia (Indonesia) indonesian traveller terpaksa bersoal jawab ngan Immi Officer kat CDG, siap kena bawa masuk dalam bilik untuk disiasat. Agak seriau juga pengalaman beliau. 

So peeps, dont take for granted all your travel document. Make sure bawak semua dan ada kat tangan in case anything happen.

Tips : Untuk yang pertama kali ke luar negara, sila sediakan dokumen perjalanan pulang, hotel booking,train ticket and  etc. Kalau nasib tak baik memang Immi. Officer akan minta. Tapi so far aku tak pernah lagi hadapi masalah macam ni. 


Bila jejak masuk saja dalam CDG Airport ni, 1st impression aku..'cantik lagi KLIA kita'...haha..seriously memang airport kita lagi cantik. CDG ni main airport kat Paris. MAS akan landing kat Terminal 1, dulu masa Air Asia ada route pi sini, flight AA akan landing kat Orly Airport. Orly ni lagi kecik dari CDG. 

Wifi for free only 15 minutes jer kat CDG ni..agak kemut jugak kan. Tapi syukur jer lah, ok daripada takde. Sempat jugak akak menghapdett FB status masa ni..ahaks.

Pemandangan dalam CDG Airport kira-kira pukul 7 pagi



Daripada CDG Airport ada macam2 alternatif untuk ke Paris. First kene pastikan apa train station yang terdekat hotel yang di book lah. Untuk aku punya trip ni, aku book kat Helvetia Hotel. Hotel ni kalau ikut review cuma beberapa minit daripada Gare De Lyon. So aku ada 2 option samaada naik RER atau naik bus. Untuk makluman, RER dari CDG Airport ni stop kat Gare du Nord (GDN). Siapa yang book hotel kat GDN memang sesuai sangatlah naik RER ni. Murah dan cepat!.

Satu lagi alternatif ialah menggunakan bus. Bus ni nama dia Les Cars Air France. Bus ni akan berhenti kat dua main train station 
  • Gare Montparnasse 
  • Gare de Lyon
Perjalanan ke GDL lebih kurang satu jam, bergantung kepada trafik. Setelah congak harga dan bag yang nak diheret kami decide untuk naik bas. Lebih mudah dan jimat tenaga sebab tak perlu nak tukar-tukar train. 

Bas ni tunggu jer kat luar Arrival Hall tu cari Exit 32. Tiket boleh beli guna machine. Bagi aku agak susah jugak nak guna machine tu, ditambah takde note kecik nak buat bayar. Kat sini tunggulah bus No. 4. Hari tu tunggu dalam setengah jam lah kot. Tiket plak kitorang beli kat driver bus jer. Masa nak letak bag kat bawah bas tu, driver tu ada tanya something. Langsung aku tak paham, dah 2 3 kali dia sebut baru aku tau rupanya dia tanya nak turun station mana. Tujuannya dia nak asingkan bag ikut station.

         Nak tau lebih lanjut pasal airport transfer klik link atas ni 




Tunggu bas kat sini. Untuk ke Gare de Lyon pastikan naik yang no. 4. Dalam ni ada mesin untuk beli tiket

Bas yang di tunggu dah tiba. Boleh beli tiket kat pakcik ni kalau tak reti guna mesin.

Nak cek berapa tambang ada kat sini

Ini lah bas Les Cars Air France

Kalau naik flight MAS akan turun kat Terminal 1 ni


" Travel makes one modest. You see what a tiny place you occupy in the world " - Gustave Flaubert


No comments:

Post a Comment