Friday 16 August 2013

PARIS DAY 1

As salam. Mood nak update tenggelam timbul. Di Paris aku decide untuk ambil Sandeman Free Walking Tours. Kebanyakan di bandar2 besar Europe memang ada this kind of tour. Bagi aku amat berbaloi untuk join. Kitorang just walk in jer,takde book bagai. Tour ni ambil masa dalam 3 jam. Agak penat jugak lah sebab jalan  kaki, sambil dengar tour guide berceloteh mengenai sejarah Perancis. Ni antara tempat2 yg kami kunjungi.

http://www.neweuropetours.eu/


Setiap hari ada 2 kali tour ni,satu pagi dan satu petang. Kitorang join yang kul 11 pagi. Masa sampai memang dah ramai yg menunggu


Notre Dame Cathederal dari jambatan yang kami lalui

Kalau tak silap ini ialah pejabat pos lama



Art street. Menyesal tak singgah dan bertanya harga.

Love bridge. mcm kat korea plak rasanya


Kedai buku yang telah lama bertapak, kalau tak silap dari zaman WWR2. Melilau jugak cari kedai ni dari Notre Dame


Infamous Louvre

Notre Dame Cathederal




Wednesday 24 July 2013

GOOD NEWS ?



Hoyehhh...Pak Tony mcm bagi hint jer ni. Harap-harap Paris dan NZ pon akan relaunch jugak. Now start jiwa kacau. Activated mode BERANGAN!

Wednesday 5 June 2013

Wordless Wednesday


A friend of mine...dah serupa paparazzi bila sampai London..depan Buckhingham Palace..ahaks

Tuesday 4 June 2013

Paris Vol. 1



As salam.

Cerita Europe ni dah nak masuk 9 bulan, baru hari ni gigih nak taip. Aku pegang prinsip Better late than never jer lah. Mana yang aku ingat aku taip balik. Semoga bermanfaat untuk aku dikemudian hari-hari kot ada rezeki nak repeat paper ni dan semoga bermanfaat untuk orang lain yang membaca.

Flight aku dari KL bertolak pukul 11.30pm. Perjalanan ambil masa dalam 13 jam tu agak memenatkan juga untuk aku yang tak pernah travel jauh, paling jauh aku pernah pergi cuma South Korea, 7 jam. Selepas dok pusing sana pusing sini tak bleh tidur lam flight, akhirnya sampai juga. Yang aku ingat aku start mengantuk lagi satu jam nak landing. Apa kes? lampu dalam kapalterbang pon dah menyala balik sebab krew MAS hidangkan makanan untuk breakfast. Aku pulak sibuk nak tidur..Haila..


ni meal untuk 1st round..kira dinner lah kot..utk 2nd round dah tak larat nak amik pic..ngantok! yang aku ingat kedua2 meals aku pilih western..tak pandang pon nasi lemak..kata nak gi yurop..haha


Masa flight landing kat Charles De Gaulle (CDG) Airport, rasa macam mimpi. Masa ni pukul 6.30am waktu tempatan. Tak sangka aku boleh sampai ke Paris. Dream comes true! Walaupun happy, aku rasa cuak jugak sebab nak lalu Immigresen. Banyak jugak aku baca, yang tourist bersoal jawab dgn Immi. Officer. Aku ni pulak jenis cepat nerveous,kot-kot dia tanya aku tak paham cakap dia..tak ke haru. Cuma aku dah prepare siap-siap kat tangan aku punya itinerary dan ticket balik in case dia minta. Aku punyalah siap dup dap jantung, sekali tengok langsung takde apa dia tanya. Lagi satu aku hairan kat CDG ni aku takde isi Arrival Form. Heh..senang gile..macam tak caya masuk France sesenang ni. Kebanyakan negara yang aku masuk memamg kene isi Arrival Form. Lepas dia cop passport, aku ingat ada lagi kaunter kat depan. Rupanya sampai stage tu jer. Adakah diorg tak banyak soal sebab masih ngantok..almaklumlah baru kul 6.30am masa tu..Ahaks

Tapi dalam 2 3 hari lepas aku ada terbaca kat group FB Backpacker Dunia (Indonesia) indonesian traveller terpaksa bersoal jawab ngan Immi Officer kat CDG, siap kena bawa masuk dalam bilik untuk disiasat. Agak seriau juga pengalaman beliau. 

So peeps, dont take for granted all your travel document. Make sure bawak semua dan ada kat tangan in case anything happen.

Tips : Untuk yang pertama kali ke luar negara, sila sediakan dokumen perjalanan pulang, hotel booking,train ticket and  etc. Kalau nasib tak baik memang Immi. Officer akan minta. Tapi so far aku tak pernah lagi hadapi masalah macam ni. 


Bila jejak masuk saja dalam CDG Airport ni, 1st impression aku..'cantik lagi KLIA kita'...haha..seriously memang airport kita lagi cantik. CDG ni main airport kat Paris. MAS akan landing kat Terminal 1, dulu masa Air Asia ada route pi sini, flight AA akan landing kat Orly Airport. Orly ni lagi kecik dari CDG. 

Wifi for free only 15 minutes jer kat CDG ni..agak kemut jugak kan. Tapi syukur jer lah, ok daripada takde. Sempat jugak akak menghapdett FB status masa ni..ahaks.

Pemandangan dalam CDG Airport kira-kira pukul 7 pagi



Daripada CDG Airport ada macam2 alternatif untuk ke Paris. First kene pastikan apa train station yang terdekat hotel yang di book lah. Untuk aku punya trip ni, aku book kat Helvetia Hotel. Hotel ni kalau ikut review cuma beberapa minit daripada Gare De Lyon. So aku ada 2 option samaada naik RER atau naik bus. Untuk makluman, RER dari CDG Airport ni stop kat Gare du Nord (GDN). Siapa yang book hotel kat GDN memang sesuai sangatlah naik RER ni. Murah dan cepat!.

Satu lagi alternatif ialah menggunakan bus. Bus ni nama dia Les Cars Air France. Bus ni akan berhenti kat dua main train station 
  • Gare Montparnasse 
  • Gare de Lyon
Perjalanan ke GDL lebih kurang satu jam, bergantung kepada trafik. Setelah congak harga dan bag yang nak diheret kami decide untuk naik bas. Lebih mudah dan jimat tenaga sebab tak perlu nak tukar-tukar train. 

Bas ni tunggu jer kat luar Arrival Hall tu cari Exit 32. Tiket boleh beli guna machine. Bagi aku agak susah jugak nak guna machine tu, ditambah takde note kecik nak buat bayar. Kat sini tunggulah bus No. 4. Hari tu tunggu dalam setengah jam lah kot. Tiket plak kitorang beli kat driver bus jer. Masa nak letak bag kat bawah bas tu, driver tu ada tanya something. Langsung aku tak paham, dah 2 3 kali dia sebut baru aku tau rupanya dia tanya nak turun station mana. Tujuannya dia nak asingkan bag ikut station.

         Nak tau lebih lanjut pasal airport transfer klik link atas ni 




Tunggu bas kat sini. Untuk ke Gare de Lyon pastikan naik yang no. 4. Dalam ni ada mesin untuk beli tiket

Bas yang di tunggu dah tiba. Boleh beli tiket kat pakcik ni kalau tak reti guna mesin.

Nak cek berapa tambang ada kat sini

Ini lah bas Les Cars Air France

Kalau naik flight MAS akan turun kat Terminal 1 ni


" Travel makes one modest. You see what a tiny place you occupy in the world " - Gustave Flaubert


Saturday 1 June 2013


Autumn Trip 2012

As salam.

Lama tak jenguk blog ni. Now baru  rajin nak mengupdate cerita trip Euro dan UK Trip Sept last year. Aku pergi penghujung bulan Sept. Trip ni  9D8N dan cover 3 negara saja : France, Switzerland dan England.

Trip ni umpama mimpi jadi nyata, tak pernah terbayang dek aku nak jejak ke tanah Eropah. Alhamdulillah atas kesempatan yang Allah bagi untuk aku melihat keindahan bumi ciptaan Nya. Alkisahnya ceriteranya kami book ticket under Air Asia, tup-tup AA stop route ke London dan Paris. Berita gembiranya AA telah transfer semua penumpang ke MAS Airlines withhout additional charge. Bayar tiket harga AA tapi sudahnya naik MAS. Haruslah aku lompat bintang!keh3. 

Actually AA ada 3 options :
  • Refund ticket tukar ke credit SHELL 
  • Tukar destinasi 
  • Tukar ke MAS Airlines
As per today, aku ada terbaca plak somewhere ada rumors AA nak fly balik ke London December ni..i wish it was true. Leh lah aku join mengintai promo AA lagi. Ahaks!



 '' Walking 10,000 miles of world is better than reading 10,000 scrolls of books"



Thursday 10 January 2013

Pemburuan tiket KL- KCH RM 6 berjaya!




Tak sia-sia aku tunggu detik 12 malam 9 Jan dengan line tenet yang macam sipot babi.. aku berjaya merembat ticket dari KL ke Kuching on 29 Jan 2013 berharga 6 hengget sajork!hepi to da max! ni lah harga paling rendah pernah aku dapat. Sbnrnya aku dah ada ticket on the same date tp flight aku kul 8.40pm..yg aku rembat ni kul 5.50pm...so nanti tak lah lama aku tercongok kat LCCT. 

ETA dari Korea kul 3.20pm..ok lah kot..just nice utk amik flight kul 5 lebih..so maknanya utk trip korea ni..aku ada 2 ticket  utk KCH-KL-KCH..*gulp*...kalau bleh bagi mmg aku nak bagi jer tiket-tiket aku yang lebih ni..haha

Till then,Bye!

Thursday 3 January 2013

Persediaan Winter Vacation 2013

Lebih kurang 3 minggu lagi aku akan repeat ke Korea untuk kali ke dua. Mungkin sebab dah pernah pergi aku kurang risau berbanding dulu. Sampai ke hari ni, aku  lom buat lagi itinerary utk trip ni. Giler kompiden!erkk.. Main fikir dalam otak jer, itupon info yang ada dalam otak ni rasanya berterabur. Sbnrnya mood belum nak mari lagi.

Basically trip kali ni kami akan fokus lebih kepada Jeju Island. Tiket ke Jeju dah beli dan kami akan spent 5D4N di sana,tapi to be exact sebenarnya utk travel kami cuma ada 3 solid days sebabnya sampai ke Jeju pada Selasa malam dan balik ke Seoul Sabtu pagi.

Ni progress utk trip kali ni. So far yang dah settle ialah Accomodation dan Transportation sahaja.

1. Flight ticket - Seoul ke Jeju Island
    
    Jeju Air



Setelah menggodek-godek website Korean Air, Air Busan, Jeju Air dan Eastar Jet aku dapat tiket   termurah utk date yg aku nak ialah Jeju Air walaupun hasil bacaan aku ramai org guna Eastar Jet sebab yang ni lagi murah. Maybe sebab aku lambat so Eastar Jet mahal untuk date travel aku. Harga kat atas tu total ticket untuk 3 org, so sorang dalam 70,000 KRW. Conversion rate dalam RM 3.00 , jadi selepas convert ialah RM 210.00 seorang. 

Ni masih dalam range harga berpatutan untuk fly ke Jeju. In fact sebelum ni aku dapat dalam RM 170  untuk return tiket tapi disebabkan aku agak bengong ngan website Jeju Air so akhirnya aku terlepas the best deal tu! Website Jeju Air ni tak leh purchase guna Firefox, kene guna Internet Explorer dan perlu install software ape ntah untuk wat payment. Aku bayar guna credit card dan takde masalah, just follow the instruction.



2. Accomodation - Jeju
   
    HK Jeju 1



Total 276,000 KRW bila di convert ke RM ialah RM 828 untuk triple room bagi 4 malam. So RM 69 per pax utk satu malam. Empat malam sorang kene bayar RM 276.  Within our budget. Check!

Aku pilih hostel ni based on recommendation dari group FB - Malaysian Backpackers Club. Kiranya menepati lah ciri-ciri lokasi yang aku nak. e.g grocery shop dan market. Konon-konon nanti plan nak beli seafood nak masak sendiri sebab susah nak dapat makanan halal. Kita tunggu dan lihat lah nanti,selalunya plan ni semua ke laut..keh3.


Setelah aku study rupanya tourist attraction banyak di Seongwipo,jaraknya dalam 2 jam dari Jeju-Si town yang kami stay ni..Ommo!Nasib baik kami amik driver sepanjang di Jeju. So percutian ala-ala mem gitu..keh3. Pro nya HK Jeju 1 ni dekat ngn airport, 10 minutes kalau tak silap, ok lah sebab kitorang akan sampai lewat at least tak lah jauh sangat.

Ni reason aku tertarik ngan lokasinya. Harap-harap ok lah nanti.






3. Accomodation - Seoul

    
    WWOOF Guesthouse




Ok yang ni sebenarnya sesi berangan, sebab nak merasa at least sehari dok kat Hanok iaitu Traditional Korean House. Ini salah satu sebab aku nak repeat paper Korea..muahaha. Dulu hajat tak kesampaian katanye.
Kitorang pilih ni sebab ni antara GH yang dekat ngan MRT station, tengok review dalam 6-7 minit jer, tapi kalau standard aku rasanya akan jadi 10-15 minit..huaa..belum pegi lagi aku dah terasa kesakitan tapak kaki yang bakal ku heret di Seoul nanti. 

WWOOF stands for Working Weekend on Organic Farm. Tapi yang kat Bukchon ni takde farm pon. Ni just guesthouse biasa jer. Kitorang pilih Sansuyu Room, ni bilik untuk ngam-ngam 3 orang. Aku expect bilik ni memamg kecik berdasarkan gambarnya. Rate utk semalam ialah 90 USD dan diorang charge terus credit card sebab payment untuk WWOOF ni ialah melalui Paypal. Nasib baik lah aku penah guna Paypal sebelum ni,so tak lah cuak sangat. After convert to RM ialah RM 288.21. So cost per pax ialah RM 96. Aku rasa ni antara Hanok yang murah. Yang lain bapakkk mahal weh! Harap best lah hendaknya.



 4. Accomodation - Seoul
     
     Residence EO GH




Sebenarnya hari tu try book kat Namsan 2 bilik VIP macam dulu, tapi dah habis almaklumlah Namsan GH ni macam pisang goreng panas.  Namsan ada bagi option untuk bilik lain tapi rasanya kecik sangat untuk tiga orang. 

So pilihan ke dua ialah Residence EO. Masih area yang sama in fact lagi dekat ngan Myeongdong MRT station compared to Namsan GH 2. Tapi harga mencanak-canak woo. Disebabkan nak cuba tempat baru dan facilities yang disediakan so tutup sebelah mata lah. Kitorang pilih Ondol - Family room. Tengok gambar macam takde katil. Nama pon Ondol kan. Ondol kalau tak silap maksudnya  floor heat system. Ding dong beremail ngan Mr JK Lee owner GH ni, rate bilik ni ialah 99,000 KRW termasuk tax tok nenek bagai. After convert RM 297 per night and RM 99 per pax. Tapi dia bagitau nak bagi aku discount sikit. So wait and see..haha


5. Transport - Taxi @ Jeju Island


Untuk yang ni aku dah deal ngan Mr Han Jeong Yong. Contact thru email,memang cepat dia reply. Aku dapat contact no. ni dari forumer yang penah guna service dia. Dalam email pon kami dah cakap macam ayam dan itik, nanti kat sana mesti makin haru-biru..keh3. Pasrah jer lah.

Dia charge 130,000 KRW utk 9 jam sehari - all in (fuel,parking and driver's lunch). Aku rasa reasonable lah kot, sebab yang murah pon aku tengok 100,00 KRW tapi non-english speaking driver. Untuk 3 hari maknanya 390,000 KRW after convert RM 1,170. Perghh!gila mahal.Sila bertabah. Sorang kene bayar RM390 for this 3 days tour. Ok lah since plan asal nak sewa keta dan drive sendiri terpaksa di kensel sebab risau ngan jalan licin during this winter.

 Yang tak settle lagi itinerary mana nak lawat kat Jeju. Ottoke!



Till then, bye!